My Blog List
Sunday 29 April 2012
Thursday 26 April 2012
Thursday 19 April 2012
KESAN-KESAN SOLAT
* Menjadikan seseorang itu berdisiplin.
* Bertanggungjawab dan ikhlas.
* Insaf dan bersyukur kepada Allah.
* Peka kepada kepentingan masa.
* Mendorong seseorang menceburi bidang fardhu kifayah seperti
industri pakaian dan sektor pembinaan.
* Dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran.Firman Allah
yang bermaksud " Sesungguhnya solat itu mencegah daripada
perbuatan yang keji dan mungkar.
* Bertanggungjawab dan ikhlas.
* Insaf dan bersyukur kepada Allah.
* Peka kepada kepentingan masa.
* Mendorong seseorang menceburi bidang fardhu kifayah seperti
industri pakaian dan sektor pembinaan.
* Dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran.Firman Allah
yang bermaksud " Sesungguhnya solat itu mencegah daripada
perbuatan yang keji dan mungkar.
HIKMAT-HIKMAT SOLAT
* Menguatkan iman.
* Mengabdikan diri kepada Allah.
* Menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
* Melahirkan insan yang bertaqwa.
* Lebih berdisiplin.
* Insaf dan bersyukur.
* Menyihatkan tubuh.
* Disayangi Allah.
* Dapat menjauhkan penyakit hati.
* Mengabdikan diri kepada Allah.
* Menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
* Melahirkan insan yang bertaqwa.
* Lebih berdisiplin.
* Insaf dan bersyukur.
* Menyihatkan tubuh.
* Disayangi Allah.
* Dapat menjauhkan penyakit hati.
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
1. Suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
2. Menutup aurat.
3. Suci daripada hadas.
4. Mengadap qiblat.
5. Yakin masuk waktu.
2. Menutup aurat.
3. Suci daripada hadas.
4. Mengadap qiblat.
5. Yakin masuk waktu.
Tuesday 17 April 2012
Friday 13 April 2012
RUKUN SOLAT ADA TIGA BAHAGIAN
1. Rukun Qalbi - Niat
2. Rukun Qauli - Takbiratulihram
- Membaca Fatihah
- Membaca tahyat akhir
- Selawat keatas Nabi dalam tahyat akhir
- Memberi salam pertama
3. Rukun fe'li - Berdiri betul
- Rukuk serta tomakninah
- Iktidal serta tomakninah
- Sujud serta tomakninah
- Duduk antara dua sujud serta tomakninah
- Duduk tahyat akhir
- Tertib
Tuesday 10 April 2012
PERLAKUAN SOLAT
1) berdiri tegak mengadap kiblat
Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram .
Misalnya solat yang akan di kerjakan subuh , maka niatnya itu solat subuh (Lafaz niat akan di sebut dalam bab takbiratulihram). Begitulah seterusnya .
2) niat
Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :
i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai(makmum/imam ) kerana Allah Taala.”
ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
Allahu akbar.”
iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”
iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
Allah Akbar.”
v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.
Allah Akbar”.
3) takbiratul ihram
Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati . Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dlm gambarajah).
4) tangan bersedakap
Selepas kita melakukan takbiratul ihram, kedua belah tangan disedekapkan, iaitu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, antara pergelangan tangan kiri . Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan)
5) bacaan doa iftitah
اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”
6) membaca surah al-fatihah
Selepas membaca doa Iftitah diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah, iaitu :
7) membaca surah-surah yang pendek
Selepas membaca surah al-fatihah, di teruskan dengan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah dan bagi yang solat sendirian disunatkan membaca surah-surah yang panjang .
8) rukuk
Setelah selesai membaca surah-surah yang pendek , kemudian lakukan rukuk iaitu dengan mengangkat tangan setinggi telinga sambil membaca ALLAAHUAKBAR, kemudian diteruskan dengan badannya membongkok, tangannya memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah sejadah.(tempat sujud)
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
|
9) i'tidal
Sesudah selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca TASMI’ iaitu
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
Ketika berdiri tegak seperti ini, maka tetap ditujukan ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca :
10) sujud
Selepas kita melakukan I`tidal serta selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal :ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.
Ketika duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).
Jadi yang disebut satu rakaat ini terdiri dari :
Ketika duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan .
Hendakhlah membaca di dalam sujud ini sebanyak tiga kali tasbih yang berikut :
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
11) duduk antara 2 sujud
Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqalALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk yang lain lagi.
Ketika duduk seperti ini kita membaca :-
رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
“Ya Allah ! ampunilah dosaku , belas kasihanilah aku , dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku danberilah keampunan padaku..”
12) sujud kedua
Setelah kita duduk antara dua sujud , kita sujud yang kedua kalinya seperti sujud yang pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “ALLAHUAKBAR” membaca tasbih seperti pada sujud yang pertama.
Sampai pada sujud kedua ini , kita telah mendapat satu rakaat .
Jadi yang disebut satu rakaat ini terdiri dari :
- Berdiri dengan tangan bersedekap di dada.
- Rukuk.
- I'tidal
- Sujud
- Duduj di antara dua sujud, dan
- Sujud Kedua
13) duduk tahiyyat awal
Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaatnya tiga atau empat , maka dalam rakaat kedua kita duduk untuk membaca tasyahhud / tahiyyat awal. Ketika duduk tasyahhud awal ini telapak kaki kiri diduduki, sedangkan kaki kanan ditegakkan.
Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kataATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
14) tahiyyat akhir
Tasyahhud akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan) . Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat ke empat pada solat zuhur , asar dan isyak dan rakaat kedua untuk sembahyang subuh.
Adapun bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Selepas itu disambung dengan membaca doa di bawah ini:
اَلْلَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المَسِيْحِ الدَجَّالِ. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ .
15) salam
Setelah
selesai membaca tahiyyat akhir, kemudian kita memberi salam , iaitu dengan
memalingkan kepala ke kanan sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah
belakang sambil mengucapkan kata salam, iaitu :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
Selanjutnya di susuli dengan salam kedua iaitu menoleh ke
kiri, sehingga pipi yang kiri juga kelihatan jelas dari arah belakang sampai
mengucapkan salam:
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
16) doa qunut
Sekiranya kita melakukan solat SUBUH maka ianya disunatkan membaca doa qunut selepas bangkit dari ruku` pada rakaat yang kedua
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ،
وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ
لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ
يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ
عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ
عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
Wednesday 4 April 2012
RUKUN-RUKUN SOLAT
1 Berdiri tegak bagi yang mampu
2. Niat mengerjakan solat fardhu
3. Takbiratulihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk serta tamaknin
6. Iktidal serta tamakninah
7. Sujud serta tamakninah
8. Duduk antara dua sujud serta tamakninah
9. Duduk menbaca tahiyat
10 Membaca tahiyat akhir
11 Selawat ke atas Nabi S.A.W
12 Memberi salam ke kanan
13. Tertib
Tuesday 3 April 2012
SOLAT-SOLAT FARDU
SOLAT-SOLAT FARDU
1 . SOLAT ZUHUR - 4 RAKAAT
2 SOLAT ASAR - 4 RAKAAT
3. SOLAT MAGHRIB - 3
RAKAAT
4. SOLAT ISYAK - 4 RAKAAT
5. SOLAT SUBUH - 2 RAKAAT
PENGERTIAN
.
Solat
ialah perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbiratulihram dan
disudahi dengan salam.
Sunday 1 April 2012
SALAM PERKENALAN
Assalamualaikum....
Blog ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada muslimin dan muslimat berkaitan dengan solat. Semoga dengan adanya blog ini, dapat memberi sedikit sebanyak panduan untuk dijadikan rujukan umat islam. Saya akan memasukkan info yang berkaitan dengan solat dari semasa kesemasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)