My Blog List

Thursday 19 April 2012

KESAN-KESAN SOLAT

* Menjadikan seseorang itu berdisiplin.
* Bertanggungjawab dan ikhlas.
* Insaf dan bersyukur kepada Allah.
* Peka kepada kepentingan masa.
* Mendorong seseorang menceburi bidang fardhu kifayah seperti 
   industri pakaian dan sektor pembinaan.
* Dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran.Firman Allah
    yang bermaksud " Sesungguhnya solat itu mencegah daripada
    perbuatan yang keji dan mungkar. 

HIKMAT-HIKMAT SOLAT

* Menguatkan iman.
* Mengabdikan diri kepada Allah.
* Menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
* Melahirkan insan yang bertaqwa.
* Lebih berdisiplin.
* Insaf dan bersyukur.
* Menyihatkan tubuh.
* Disayangi Allah.
* Dapat menjauhkan penyakit hati.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

1. Suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
2. Menutup aurat.
3. Suci daripada hadas.
4. Mengadap qiblat.
5. Yakin masuk waktu.

Tuesday 17 April 2012

Friday 13 April 2012

RUKUN SOLAT ADA TIGA BAHAGIAN

1.  Rukun  Qalbi    -      Niat
2.  Rukun  Qauli   -     Takbiratulihram
                              -     Membaca  Fatihah
                              -     Membaca  tahyat  akhir
                              -     Selawat  keatas  Nabi  dalam  tahyat  akhir
                              -     Memberi  salam  pertama
3. Rukun fe'li        -     Berdiri  betul
                              -     Rukuk  serta  tomakninah
                              -     Iktidal  serta  tomakninah
                              -     Sujud  serta  tomakninah
                              -     Duduk  antara  dua  sujud  serta  tomakninah                                 
                              -     Duduk  tahyat  akhir
                              -     Tertib

Tuesday 10 April 2012

PERLAKUAN SOLAT




1) berdiri tegak mengadap kiblat
Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram . 
Misalnya solat yang akan di kerjakan  subuh , maka niatnya itu solat subuh (Lafaz niat akan di sebut dalam bab takbiratulihram). Begitulah seterusnya . 


2) niat

Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :
i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai(makmum/imam ) kerana Allah Taala.”

ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”
v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.

3) takbiratul ihram

Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan  takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati . Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dlm gambarajah). 


4) tangan bersedakap

Selepas kita melakukan takbiratul ihram, kedua belah tangan disedekapkan, iaitu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, antara pergelangan tangan kiri .  Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan)


5) bacaan doa iftitah

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

6) membaca surah al-fatihah

Selepas membaca doa Iftitah diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah, iaitu :


7) membaca surah-surah yang pendek

Selepas membaca surah al-fatihah, di teruskan dengan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah dan bagi yang solat sendirian disunatkan membaca surah-surah yang panjang .

8) rukuk

Setelah selesai membaca surah-surah yang pendek , kemudian lakukan rukuk iaitu dengan mengangkat tangan setinggi telinga sambil membaca ALLAAHUAKBAR, kemudian diteruskan dengan badannya membongkok, tangannya memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah sejadah.(tempat sujud)
Dalam keadaan rukuk ini kita hendaklah membaca tasbih sebanyak tiga kali iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ


 

9) i'tidal

Sesudah selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca TASMI’ iaitu

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه



Ketika berdiri tegak seperti ini, maka tetap ditujukan ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca :  

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ  

10) sujud

Selepas kita melakukan I`tidal serta selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal :ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.


Hendakhlah membaca di dalam sujud ini sebanyak tiga kali tasbih yang berikut :

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ 

11) duduk antara 2 sujud

Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqalALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk yang lain lagi.
Ketika duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).


Ketika duduk seperti ini kita membaca :-
رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Ya Allah ! ampunilah dosaku , belas kasihanilah aku , dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku danberilah keampunan padaku..”

12) sujud kedua

Setelah kita duduk antara dua sujud , kita sujud yang kedua kalinya seperti sujud yang pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “ALLAHUAKBAR” membaca tasbih seperti pada sujud yang pertama.

Sampai pada sujud kedua ini , kita telah mendapat satu rakaat .

Jadi yang disebut satu rakaat ini terdiri dari :
  1. Berdiri dengan tangan bersedekap di dada.
  2. Rukuk.
  3. I'tidal
  4. Sujud
  5. Duduj di antara dua sujud, dan
  6. Sujud Kedua


13) duduk tahiyyat awal

Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaatnya tiga atau empat , maka dalam rakaat kedua kita duduk untuk membaca tasyahhud / tahiyyat awal. Ketika duduk tasyahhud awal ini telapak kaki kiri diduduki, sedangkan kaki kanan ditegakkan.



Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kataATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد  


14) tahiyyat akhir

Tasyahhud akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan) . Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat ke empat pada solat zuhur , asar dan isyak  dan rakaat kedua untuk sembahyang subuh.
Ketika duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan .




Adapun bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Selepas itu disambung dengan membaca doa di bawah ini:

اَلْلَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المَسِيْحِ الدَجَّالِ. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ .

15) salam
Setelah selesai membaca tahiyyat akhir, kemudian kita memberi salam , iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah belakang sambil mengucapkan kata salam, iaitu :

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله



Selanjutnya di susuli dengan salam kedua iaitu menoleh ke kiri, sehingga pipi yang kiri juga kelihatan jelas dari arah belakang sampai mengucapkan salam:

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله


16) doa qunut


Sekiranya kita melakukan solat SUBUH maka ianya disunatkan membaca doa qunut selepas bangkit dari ruku` pada rakaat yang kedua 




اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم










Wednesday 4 April 2012

RUKUN-RUKUN SOLAT

Berdiri tegak bagi yang mampu
2. Niat mengerjakan solat fardhu
3. Takbiratulihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk serta tamaknin
6. Iktidal serta tamakninah
7. Sujud serta tamakninah
8. Duduk antara dua sujud serta tamakninah
9. Duduk menbaca tahiyat
10 Membaca tahiyat akhir
11 Selawat ke atas Nabi S.A.W
12 Memberi salam ke kanan
13. Tertib

Tuesday 3 April 2012

SOLAT-SOLAT FARDU


SOLAT-SOLAT  FARDU

1 .  SOLAT ZUHUR           -  4  RAKAAT
2     SOLAT ASAR            - 4 RAKAAT
3.    SOLAT MAGHRIB     - 3  RAKAAT
4.    SOLAT ISYAK           - 4 RAKAAT
5.    SOLAT SUBUH         - 2 RAKAAT

PENGERTIAN

.
Solat ialah perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam.

Sunday 1 April 2012

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum....

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada muslimin dan muslimat berkaitan dengan solat. Semoga dengan adanya blog ini, dapat memberi sedikit sebanyak panduan untuk dijadikan rujukan umat islam. Saya akan memasukkan info yang berkaitan dengan solat dari semasa kesemasa.